kawan,
sewaktu bercuti di bali tempoh hari
aku dengan razak memang betul-betul bercuti
masa kami dihabiskan dalam bilik menonton tv
sorry ya, bukan sebab nak buat baby atau honeymoon aja
tapi sebab tak ada money... hahaa
so kami habiskan masa menonton tv
di indonesia, program realiti memang paling popular
semua benda kalau boleh nak direalitikan
dalam banyak-banyak program yang aku tonton
aku tertarik dengan dua program
yang pertama namanya MATA-MATA kalau tak silap aku
storyline, produksi akan membantu peserta mengintip sesiapa yang mereka sangsi
jadi yang aku tonton tempoh hari adalah kisah seorang anak mencuri hendap bapanya yang merupakan bekas penagih dadah
dia mengesyaki bapanya masih menjual beli dadah kerana keperluan kehidupan mereka sentiasa mewah.tidak pernah mereka putus wang sedangkan ibunya sentiasa harus ke hospital kerana sakit.
dia dan produksi mengekori bapanya selama tiga hari. yang terlihat adalah si bapa menolak mesin jahit di jalanan, masuk ke rumah seseorang dan keluar dengan membawa sebuah radio serta didatangi seorang lelaki yang memberi sejumlah wang yang banyak.
anak menjadi gelisah, berkali-kali dia bilang bapanya kembali mencuri,
diserbu bapanya secara tiba-tiba
dan menangislah aku sekali sebab bapanya yang disangka masih mencuri
sebenarnya bekerja menjahit di jalanan selain menolong menjual barang elektronik seorang teman yang lumpuh. pekerjaannya halal biar memeritkan.
bapa: "sumpah, bapa sudah insaf. bapa tak mahu masuk penjara lagi. kalau tidak percaya ditanya sana sama teman bapak. dia lumpuh, bapak menolong memperbaiki dan menjual barang elektroniknya. duit yang banyak diberi orang tadi, duit hasil barang elektronik. dan bapak memang menjahit terus di jalanan nak. ini semua DEMI KELUARGA nak. demi kamu dan ibu kamu!"
sumpah, aku menangis tidak tertahan-tahan. sungguh besar pengorbanan bapa yang disangsikan anak. dan kalau pun bapanya mencuri demi membahagiakan keluarga terutama membiayai bil perubatan isteri tercinta, bukankah itu pengorbanan paling besar daripada seorang ketua keluarga?
program realiti kedua, namanya MINTA TOLONG!
ia bercerita tentang kesanggupan orang berhati mulia membantu orang yang dalam kesusahan dengan kamera tersorok merakam ragam orang.
di kaca tv, kali itu ia berkisah tentang seorang wanita cacat tangan dan separuh badan. dia harus mengesot untuk bergerak. adiknya di semerang menghantar surat, meminta bantuan menghantar ubat yang tertinggal di rumah mereka.
si cacat yang miskin ini pun memulakan perjalanannya. jauh, tersesat-sesat dan ramai yang menolak untuk menghantar dia ke destinasi. sehingga dia ditinggalkan di tepi jalan oleh sebuah beca, selepas enam jam, dia bertemu dengan seorang tua si tukang cuci.
sanggup si tua tukang cuci ini meninggalkan pekerjaannya untuk membantu hantar si cacat ke rumah adiknya. mereka menaiki bas, menukarnya kepada beca dan harus berjalan kaki masuk ke kediaman 'kotak' rumah adiknya yang sakit.
segala kos perbelanjaan turun naik bas, dibiayai wanita tua ini. dengan bantuan si tua, si cacat berjaya bertemu adiknya. menangislah mereka berdua.
si cacat: kenapa tidak pulang adik?
adik: ngak punya wang kakak. aku lagi sakit, mahu membeli ubat juga tidak mampu. makan juga tidak mampu. harus menyusahkan kamu.
dan saat si tua mahu beredar, tanpa meminta sesen pun upah, si cacat memanggilnya, menyuruh tunggu sebentar. dia kemudian didatangi seorang lelaki yang pula mahu meminta tolong menunjuka arah ke terminal. tanpa berdalik, si tua sanggup menunjuk jalan kepada lelaki itu.
tanpa diketahuinya, lelaki itu adalah penerbit program.
lelaki: "kerana ibu jujur, sanggup membantu orang dalam kesusahan, ini upahnya di atas kebaikan ibu."
lalu diberi segulung wang yang jumlahnya cukup banyak. menariknya jumlah tersebut tidak dinyatakan.
si tua bersujud dan menangis tanpa henti kerana rezeki terpijak yang diperolehnya.
daripada cerita si cacat meminta bantuan, program realiti ini memanjangkan ceritanya menyorot kisah si tua ini pula. mereka mengikut pergerakan si ibu yang pulang bertemu dua anaknya.
sesampai di hadapan anaknya, si tua pengsan, pengsan kerana kepenatan. sebaik sedar dia bilang: "tuhan menolong ibu nak, ibu dapat rezeki besar kerana menolong orang."
ah, betapa realitinya program realiti mereka. tidak perlu memaksa mencipta drama kerana kehidupan seorang manusia itu sendiri sudah penuh drama.
nota kaki: moralnya, berbuat baik dan pengorbanan itu mempunyai hikmah yang tidak dijangka nikmatnya.
demokrasi berparlimen
4 hours ago

